Pengenalan

NsN Islamic Quranic & Home Tuition merupakan sebuah konsultan 'home-tuition' yang bernaung di bawah syarikat NsN Learning & Consultancy iaitu sebuah syarikat 100% Bumiputera Muslim yang berdaftar secara sah melalui Surahanjaya Syarikat Malaysia (Nombor Pendaftaran: 002497823-P).

Visi Syarikat

Menjadi rujukan no.1 masyarakat dalam mendidik generasi yang berfikiran kreatif, inovatif dan berakhlak tinggi serta menyematkan diridengan Al-Quran dan Hadith dalam menyambung legasi Al-Quran menjelang 2021.

Misi Syarikat

  1. Menyediakan modul yang terkini seiring dengan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Menyediakan khidmat pendidikan serta motivasi yang memberi impak tinggi dan berkesan menjelang tahun 2020.
  3. Menyediakan tutor-tutor yang berpengalaman dengan memberi ilmu yang memantapkan kesemua tutor yang ada di bawah NsN Islamic Quranic & Home Tuition.
  4. Dapat memberikan khidmat “Home Tuition“ di setiap negeri di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2021.
  5. Menyediakan sistem yang berkesan bagi melancarkan khidmat “Home Tuition“ ke serata Malaysia sama ada melalui alam maya mahupunalam realiti.

Objektif Syarikat

  1. Menyediakan modul yang terkini seiring dengan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Membina jaringan serta kolaborasi pihak profesional serta masyarakat yang pakar dalam bidang pendidikan agar dapat melahirkangenerasi yang mantap akhlak dan sahsiahnya.
  3. Sentiasa mengemaskini apa jua ilmu yang baru dan berkongsi idea serta ilmu pengetahuan bersama tutor NsN yang sedia ada.