Eh, Kenapa Tak Boleh Sambut Valentine’s Day?

Boleh sambut ke tak Valentine’s day ni? Tapi sambut simple2 je. Bagi hadiah je pun. Tak buat apa. Orang lain oke je smbut. Nak jugak la sambut. Memang pernah terlintas macam ni kan dalam fikiran tu. Rasa nak jugak sambut bila tengok orang lain sambut. Tapi kita kena tegas dengan diri sendiri. Yang tak boleh, tetap tak boleh.
Mungkin ada yang dah tahu Valentine Day telah disepakati haram menyambutnya. Mungkin ada yang tak tahu. Mungkin juga ada yang tahu tapi still nak sambut sebab tak nampak mana salahnya. Mungkin ada yang memandang remeh dengan benda ni so mereka menyambutnya secara diam-diam. Untuk menyakinkan hati-hati yang sedang ragu-ragu adakah benar umat Islam tidak boleh meraikan hari kekasih ini, saya telah mengambil pandangan bekas Ketua Pengarah Jakim untuk menjawab persoalan ni.
“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71 beberapa tahun lepas.
“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day.
Kenapa dan mengapa umat Islam dilarang meraikan hari tersebut?
Di sini saya mengambil keterangan dan hujah yang telah disenaraikan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor di Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang last update nya pada 10 Februari 2016.
  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
  • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
 Alaaa takyah sambut la Valentine’s Day ni. Tiap-tiap hari pun hari kekasih kan buat pasangan suami isteri ? 😉
Jelas ke jelas? Dah tau kan kenapa tak boleh sambut? Jangan lupa share untuk manfaat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *